Saturday, 15 October 2011

-menjadi tunang tanpa disedari?......




Jika seorang lelaki menyatakan hasrat ke...pada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.



http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/1154-menjadi-tunang-orang-tanpa-kita-sedar.html






* comment aq :.......jom baca.hehe


        remaja,biasa la ,confirm nak mencuba something yg baru. 4exmple."couple". tmpat aq belajaq,mejority all couple.xkisah la samaada  cousemate,diff univrsity,college,.tp org kata cinta ni buta.....kita tgk someone we love.all perfect...sampai dy ambik ksemptan kt kita,pun xprsan.(think positif)hehe.yg pntg sharing is caring la konon.....hehe..but im not anti couple,becoz we need someone who always hearing our prob..
reletive to our topik,mybe bile couple kita byk  menabur janji palsu<4exmple pas study,nk keja then beli itu,ini but we dont know the truth behind that...sampaikan  terkeluar aq nak kawin ng ko lpas grade nati,,,,sanggup ko tunggu ?,,si gf lak,yes,i will wait 4 u .(pengalaman kowt)..haha..aq xtau la klu si gadis ni main2 jer or betul tp klu laki....ikut pndapat aq as a men....kata2 camni just janji kosong2 jer,keja pun xlagi,xde pepe nk backup that word. len la klu dah ready 100 %   nk bina mahligai hidup ng gadis yg dicintai........laki yg camni of course dah ada pekerjaan,ready nk pikul tnggungjawab......
so, kesimpulanya:   



 hati2 bile bercakap,jgn buat benda yg boleh akibat <mkan diri sendiri>....so,tuntutlah ilmu agama,biarpun sekecil zarah pun.......


.....aq teringat masa blajar sekolah dulu,ust selalu pesan ilmu yg dimiliki mesti beramal,jika x ia seperti pokok yg xberbuah.membazir jer klu blajar jika xde dalam hati nk buat......


                                       ......pengalaman hidup ,membuat kita matang.....jumpa lagi...stressnya nk bgi pendapat..baru tau..hoho...peace.
 

0 comments:

 

sEOson Much Copyright © 2010 | Designed by: Compartidisimo